12 Julai 2013

Pilih Pemimpin Yang BERSIH

Salam Ramadhan

Dah lama blog ni tak 'menari'... Hinggakan ada kengkawan yang perasan bahawa ia seakan mati seketika.

PRU 13 dah hampir 2 bulan berlalu, maka pelbagailah perkara yang di bangkitkan...biasa lah kan...politik katakan...

Syukur Pulau Pinang kekal di bawah PR walaupun ia di dominasi oleh DAP. Walau pun 'cina' dominasi Penang, tetapi jaminan hak melayu kekal seperti biasa. Islam terus di kukuhkan... hinggakan lawan PR yakni UMNO semakin terkunci mulut... nak isukan Melayu, calon melayu menang di kawasan cina...nak isukan Islam, peruntukan ke atas Islam semakin di tambah.. hinggakan ada dana nak banteras 'Murtad'... zaman UMNO dulu ada ka....

Berbalik 'para pemimpin' selepas PRU 13... hmmmmm... masih ada yang tak kena akan saf pimpinan yang baru di lantik... dari jawatan atas hingga lah ke bawah... masih ada ketempangan...

Buat pimpinan atasan (PKR).. sedarlah bahawa rakyat yang ada hari ini bukanlah bodoh yang hampa sangka... hampa ingat hampa dok kat atas boleh atoq ikut suka hati hampa ka.... Ini lah antara keluhan yang di terima dari peringkat bawahan...

Bukan apa... yang di lantik tu penuh dengan 'kurap-kurap'... persoalannya, apa kriteria yang hampa gunakan untuk melantik seseorang... adakah kerna KRONI ?... ni la persoalan yang semakin di kupas oleh golongan bawahan...

Hinggakan ada yang tak layak hampa lantik... Rakyat tahu akan cerita sebenar... paling teruk sekali ialah 'pelahap-pelahap' duit ,
hampa angkat... bila di beri tahu hampa buat tak tau sahaja....

Ini baru permulaan... Jangan sampai kami londeh semua.... Kami tiada kepentingan...

Sebelum terlewat, tahniah di ucapkan pada 'Dr Mursi Penang' yakni YAB Tuan Hj Rashid Hasnon diatas perlantikan beliau sebagai TKM baru Penang menggantikan 'Chot Ayaq'... Pemilihan beliau merupakan pemilihan terbaik setakat ini di Penang.... memiliki ilmu dunia dan akhirat yang tak dapat di nafikan lagi...

Pesan buat Tuan Haji TKM.... jaga-jaga, ramai 'para pelahap' tak puas hati tu... ha ha ha....

Sekian buat kali ini...PERLONDEHAN akan di lakukan walaupun kita 'geng'... Yang Benar Tetap Benar...

Wassalam... Salam Ramadhan Mubarak...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...