Kini hangat di katakan bahawa Melayu Pulau Pinang Bakal di bahanakan...
Betul atau tidak, terpulang pada individu menilai... Setelah penggal kedua PR memerintah Pulau Pinang, maka isu 'ketuanan' melayu hangat di katakan. Ia lebih hangat lagi dari sebelum ni.
Maka di meja makan kedai kopi, terutama di kampung melayu ia hangat di katakan. Terutama wakil dari saluran 1. Mereka kini membayangkan bahawa melayu akan lenyap dari pulau selepas ni.
Manakan tidak, harga rumah dan tanah semakin melonjak hingga tak termasuk akal. Hinggakan orang kaya melayu pun geleng kepala bila di tawarkan harga rumah dan tanah terkini.
Cabaran melayu sebenarnya semakin kuat. Umum ketahui bahawa perumahan serta pendudukan melayu semakin 'meruncing' di Pulau. harga rumah teres di Balik Pulau yang majaroti melayu di Penang dah mencecah RM 300 ribu. Mampukah melayu kelas 'marhaen' memilikinya...
Antara ancaman yang lain hangat di perkatakan ialah isu pekerjaan.
Memang jika di lihat bahawa cina dah lama menguasai sektor swasta. Dari zaman UMNO dulu pun pihak pengurusan sesebuah syarikat di kuasai oleh mereka. Tak di nafikan bahawa gerak kerja cina lebih bagus dari Melayu. Pengalaman sendiri membuktikan bahawa mereka memang layak menjawat jawatan yang besar kerna mereka mampu memikul tugas.
Melayu pulak, lebih suka mengikut dari membuat keputusan. Percayalah bahawa melayu memang di tekan dalam sektor industri... di tekan kerna lumrah tugasan... dah jawat jawatan besar, maka tekanan semakin besar la... yang ni yang melayu lemah, kerna tak tahan daulat...
Isu perumahan.
Sepatutnya ada satu tindakan yang harus di ambil. Sebagai contoh pengawalan harga rumah di sesuatu tempat. Buat la apa pun , yang pasti harga rumah harus di kawal supaya lonjakan harga dapat di kawal...
Isu melayu Pulau Pinang sebenarnya bukan perkara baru. Ia sudah lama di perkatakan. Isu utama ialah kemampuan memiliki perumahan. Tiada perumahan melayu, maka tiadalah kuasa melayu. Oleh demikian, pihak berkuasa harus mengawal harga rumah supaya harga yang di tawarkan melayu mampu memilikinya...
Persoalan yang akan di tinggalkan.... Penempatan Melayu... Nak tengok ka melayu meninggalkan Pulau kerna tak mampu miliki rumah di Pulau?
Oleh itu, pimpinan sama ada Kerajaan Negeri atau pun Persekutuan harus memikirkan masalah ini...
'Tiada Penempatan, maka Tiadalah Kuasa Melayu' ?...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan