31 Julai 2013

Perjuangan Anwar Ibrahim Sia-Sia?

Salam Mencari Lailatul Qhadar.

Kini PR bagaikan menanti belah sahaja. Kiri kanan di asak... 'setiakawan' PR semakin longgar. Ini lah hakikat yang sedang melanda ukhwah PR.

Golongan sosialis semakin 'kuat' hentam PR, terutamanya PAS. Ini antaranya di sebabkan kerusi 'Kota Damansara'... hingga ke saat ini, ia masih terngiang di telinga mereka. Kebanyakan golongan aktivis muda condong kepada PSM, kini mereka dengan semangat muda lantang menghentam PR terutamanya PAS.

Hingga ke saat ini pelbagai soalan yang masih belum terjawab, kenapa PAS bersungguh meletakkan calon di Kota Damansara. Sedangkan sebelum ini ia di wakili oleh PSM atas tiket PKR....

Berbalik kepada PR, ada penganalisis dan golongan atas pagar mengatakan bahawa 'sampai bila pun' Malaysia akan di kuasai oleh UMNO dan BN. Ini kerna 'corak'PR  semakin hari semakin nampak akan 'kepincangan' dan 'pelahap kuasa'... Bermula di Selangor di mana Azmin di lihat 'nakkan' jawatan Menteri Besar di mana semua 'line' Azmi telah memberi sokongan padu padanya... Teserlah sikap 'pelahap' kuasa hinggakan ada Ahli Parlimen dan Adun di belakangnya dalam 'menjatuhkan' Khalid Ibrahim.

Tetapi cubaan itu gagal... Kerna 'peribadi' serta 'keikhlasan' di tambah kecermelangan  Khalid Ibrahim teserlah jika di bandingkan dengan golongan mabuk kuasa...

Di Pulau Pinang juga tak ketinggalan juga bila kerusi TKM 1 menjadi rebutan setelah TKM terdahulu telah di sekat kemaraannya... Maka pelobian di lakukan, hinggakan 'perjanjian' khas telah di buat.... Tetapi nasib baik, campur tangan DSAI menyelamatkan sedikit ketegangan yang berlaku. TKM 1 kini tepat pilihannya....

Campur tangan 'bekas' bos lama semakin nampak jelas kelihatan... beliau telah 'susun' orangnya demi memastikan kedudukan bos PKR Penang kekal miliknya... Maka lantikan golongan 'haprak' mula kelihatan...

Ada golongan yang cuba betulkan semua ini... tetapi sikap lakonan terbaik seakan menafikan semuanya... Hinggakan senarai 'kesalahan' telah di berikan, tetapi dia tetap dengan orangnya.... Biarkan...

Maka jika semua 'salah kuasa' ini di kekalkan nescaya SIA-SIA sahaja lah usaha DSAI dalam membersihkan 'kurap' politik Malaysia... Ini kerna dalam PKR sendiri, masih terdapat golongan yang 'mengekalkan' KRONI dan NEPOTISME  terutama dalam pemerintahan di Pulau Pinang.

Harap TKM 1 yang baru dapat selesaikan masalah ini, supaya kepercayaan yang di berikan selama ini oleh rakyat tak di sia-siakan....

Jangan sampai suatu hari nanti, pemerintahan beralih arah....

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...