25 Julai 2013

Pakatan Rakyat Tiada Kesepakatan

PRK Kuala Besut sudah selesai. Keputusan terus memihak kepada 'regim' pemerintah. Memang di akui dari awal bahawa calon PR yakni PAS 'under dog'...

Apa pun tahniah ke atas semangat juang yang di tunjukkan terutamanya ahli PAS. Mereka bertungkus lumus serta 'berikhlas' dalam memastikan perlawanan ini memperoleh kemenangan... Tapi kita telah berusha, Tuhan telah tentukan... Ujian di bulan yang penuh barakah...

Kalau nak di bandingkan kekuatan material, regim BN sukar di atasi, mereka ada segalanya....wang dan media massa. Mereka 'melabur' begitu tinggi bagi memastikan Terengganu milik mereka. Kalau kalah, maka perkongsian kuasa la jadinya.... UMNO bukannya ikhlas serta mahu berkongsi kuasa sebenarnya.

Kompang perpaduan melayu hanyalah 'umpan' mereka sahaja bagi mendapatkan perhatian serta kuasa memerintah, untuk kongsi kuasa jauh sekali. Tak apa la, Tuhan tahu akan isi hati manusia... Yang baik akan di balas baik, yang buruk padah bakal di terima di akhirat kelak.

Kalau di amati betui-betui... kita akan 'nampak' akan ketidak sepakatan antara PR itu sendiri. Nampak PAS seakan bersendirian dalam 'melawan' regim UMNO... rakan yang lain seakan 'mencukup' syarat sahaja dalam berperang... ini la antara yang nampak ketika kempen sedang dijalankan...

Sebagai contoh, dalam 'Muka Buku' sendiri kita dapati bahawa, ia seakan 'kurang rancak' jadinya... Pendukung PR di ketahui 'hebat' dalam menyampaikan maklumat, tetapi semasa PRK ni, ia seakan hambar di buatnya. Banyak aktivis seakan 'mendiamkan' diri dalam 'berjihad' dalam Muka Buku... Ramai aktivis dari segenap 'aliran' banyak mendiamkan diri...  Seakan 'boikot' PAS pun ada...KASAR kan bunyinya.... tapi hakikatnya ia seakan benar...

Pemikiran generasi muda kini mula menghentam PAS. Di katakan akan wujud UG (kerajaan perpaduan) akan di laksanakan oleh PAS. Banyak tokoh PAS telah di label sebagai penjana UG... antaranya pimpinan tertinggi mereka. Generasi muda sebenarnya membenci UMNO, kerna UMNO telah 'melukakan' harapan melayu. Maka generasi muda secara total, terutama yang terpelajar cukup anti dengan UMNO. Mereka nampak akan 'pelaq' UMNO ke atas melayu... maka di benci sebencinya...

Maka jika nak ' bersatu' dengan UMNO maka, tolak lah generasi muda.... Tak hairan jika selepas ni, banyak 'dinding' dalam muka buku akan 'mencandek' PAS sehingga 'selondehnya'...

Tapi harus di ingat bahawa, generasi ni yakni ' golongan' muda mahukan pembaharuan... jika nak kembali pada UMNO maka di tolaklah secara 'terang -terangan'.... TAPI sedarlah, bahawa ada pihak yang sedang mengambil kesempatan ke atas penolakkan generasi muda ini....

Mereka tak sedar, bahawa agenda ala 'yahudi' sebenarnya telah meresap di dalam jiwa mereka... Pendedahan itu bakal di dedahkan selepas ini...

Wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...