26 Julai 2013

Geng Pluralisme Dalam Pakatan.

Salam Ramadhan...

Seperti yang aku janjikan, sedikit pendedahan aku 'ulas' akan kehadiran wabak Pluralisme dalam Pakatan.

Melihat akan kebangkitan total Melayu menolak UMNO terutama golongan muda, maka kesempatan yang ada ini di ambil sebaik mungkin oleh golongan 'Pluralisme' sebaiknya. Sebelum aku ' melalut' sedikit makna Pluralisme aku tejermahkan mengikut hemat aku... ( betulkan kalau silap )... maknanya dari istilah ialah 'menyamankan semua' agama... Ini adalah sebenarnya antara agenda Freemason dan Aluminiti... Tujuannya ialah menjahanamkan Islam secara halusi....

Sebenarnya jika perhatikan, sejak kebelakangan ini golongan muda melayu mula bangun secara total menolak UMNO, maka peluang ni la mereka gunakan sebaik mungkin dalam menjahanamkan melayu Islam.  Maka pendekatan berbaik dengan Islam mereka gunakan. Semuanya ini adalah untuk 'ruang' kepada mereka dalam Pakatan Rakyat.

Jangan terkejut, bila kita melihat ada golongan aktivis Kristian sudah berbaik dengan Islam... mereka seolah cuba mendalami Islam... Hinggakan mereka mendapat tempat di hati pemimpin serta Aktivis Islam. Maka mereka di bawa ke mana sahaja dan di beri sedikit perhatian.... Maka yang tak beberapa perasan, mula 'menghighglite' golongan ini. Malah ada antara mereka tak segan silu mula 'condong' kepada Islam...

Maka kita berbesar hati menadah akan kehadiran mereka.... Tapi ingat, ini semua konspirasi politik peringkat tertinggi....

Antara agenda mereka....Pecahkan ikatan Pakatan Rakyat... Lihatlah bahawa, kini PAS semakin di hentam kerna  'nak' UG... maka mereka sebaik mungkin 'kompangkan' bahawa PAS khianati PR... antara modal tinggi mereka ialah isu calon Kota Damansara dan Sg Aceh.... mereka telah 'berjaya' menghasut aktivis terutama golongan muda melayu agar membenci PAS.... keadaan perubatan itu di gunakan sebaik mungkin bagi 'mencerahkan' bahawa PAS anti PR... Maka 'virus-virus' meluat telah terkena kepada Golongan Muda Melayu.... Maka tak hairan la, bila anak muda melayu yang 'terpelajar' mula menjauhi PAS...

Isu itu sebenarnya 'remeh' sahaja... jika di selesaikan secara profesional, maka ia tiada masalah langsung... Dalam isu itu sebenarnaya 'ada masalah dalaman' serta kepentingan calon sahaja, maka bila keputusan calon di buat, maka 'pergolakan' mula berlaku.... Maka golongan PLURALISME ni pun mula memainkan peranan, hinggakan Ahli PAS sendiri dan Pendukung PR dah ' menjauh' kan diri dari PAS....

Di pendekkan lagi... Kini, aktivis PAS terutama dari golongan muda, mula 'syak wasangka' kepada PAS. Antara maklumat yang depa dapat ialah bahawa pemimpin PAS tertinggi nak kepada UG ( Kerajaan Perpaduan)... maka golongan muda pun meninggalkan PAS. Ditambah plak lagi dalam 'kengkawan' PAS dalam PR, ada yang sebenarnya anti kepada Islam... Wajah mereka sukar di kesan, kerna lidah mereka manis, tetapi di belakang atur kan 'perang' dalaman...

Jangan terkejut jika ada yang sanggup taja Aktivis Muda Melayu semasa PRU yang lalu...mereka di berikan wang dan kemudahan...memang pada hakikat mereka di suruh menggerakkan gerakan, tetapi sebenarnya mereka telah di gunakan... Ini semua untuk menutup mata agar mereka tidak di lihat anti Islam.... Maka pujian melambung mereka berikan kepada 'para penaja' tersebut....

Selepas ini pulak... Penularan Syiah dalam PR....

Wassalam...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...