25 Mei 2012

Darurat : Inikah Taktik Baru UMNO ?

Terkejut aku dengan cara UMNO sekarang...

Kenapa terkejut yek...tadi ada citer bahawa ceramah Anwar Ibrahim di ganggu oleh puak-puak yang 'mengganas'...mengganas macam mana?...ada ka orang sedang sibuk dengar ceramah tetiba di 'hujani' batu dan telur...hingga ada yang cedera di buatnya..

Semakin nak mengganas nampak...Mungkin ini cara baru yang 'di wahyukan' dari pimpinan UMNO kepada pengikutnya untuk 'menakutkan' rakyat.

Mungkin kerna selepas debat PTPTN antara KJ dengan Rafizi, UMNO semakin tak keruan di buatnya. Ini kerna selepas 'debat' antara mereka, ramai golongan 'atas pagar' dah mula buka mata sedikit. Hinggakan golongan yang tak ambil tahu hal politik dah mula ambil tahu.

Mana taknya, hujjah yang di berikan Rafizi begitu 'bernas' hinggakan KJ tak menjawab beberapa soalan yang di ajukan oleh Rafizi. Antaranya kemana wang sebanyak RM 237 Billion di belanjakan semasa pemerintah Pak Lah yakni bapa mertua KJ....

Kini rakyat 'atas pagar' dah mula sangsi akan 'kewibawaan' UMNO dalam memerintah. Debat PTPTN sebenarnya telah membuka mata banyak pihak...Mungkin kerna debat inilah UMNO semakin 'terdesak' di buatnya....

22 Mei 2012

Muzakarah: Tiada Ruang Buat UMNO

Terkesima jugak la UMNO tat kala Presiden PAS yakni Tuan Guru Hadi Awang mengatakan bahawa tiada muzakarah dengan UMNO....hahahahaha...

Bukan la kita yakni melayu tak mahu bersatu, tetapi bersatu biarlah di atas dasar agama...Ini kerna sebagai umat Islam, agama tak mengenal bangsa. Islam itu sesuai untuk semua bangsa, malah ia terbuka untuk semua bangsa. Adalah tak 'kena' jika istilah Melayu itu Islam di praktikkan di Malaysia..Ini kerna ramai juga melayu dah 'murtad'.

Berbalik kepada Muzakarah antara PAS dan UMNO, aku katakan bahawa ini adalah 'gimik' UMNO di saat menjelang PRU yang bakal tiba nanti. Kalau di perhatikan serta di amati, ia adalah skrip lama yang sering 'di tonton' kan kepada umum bila tibanya PRU.

Semua masyarakat tahu bahawa, UMNO kini di ambang 'kejatuhan' kerna rata-rata golongan muda melayu semakin menjauhi UMNO. Ramai yang sudah tidak yakin bahawa UMNO dapat menjaga melayu lagi. Malah kematangan masyarakat melayu kini dengan 'terbukanya' telah menolak UMNO. Melayu kini telah terbuka akan mindanya...Malah tidak takut lagi 'memuji' kepimpinan cina DAP terutamanya di Pulau Pinang.

Tindakan PAS 'menidakkan' muzakarah adalah satu tindakan yang tepat kerna UMNO yang di ketahui umum tidak 'ikhlas' sifatnya dalam bersatu. Sejarah perikatan telah membuktikan bahawa UMNO hanya 'menggunakan' PAS di saat UMNO menuju ambang kehancuran.

Maka pelbagai tohmohan la bakal 'di mainkan' oleh UMNO nanti melalui media tunggangan mereka...tak hairan la jika isu ini bakal di mainkan sehabisnya sehingga PRU kelak. Tetapi hakikatnya rakyat sedar akan 'taktik' UMNO malah tak mudah terpengaruh dengan isu tersebut.

Tetapi harus di ingat bahawa UMNO licik sifatnya. Mereka mempunyai tuan penasihat iaitu APCO. Semua pemerhati politik tahu akan siapa itu APCO. Mereka adalah tuan penasihat yang berakal umbikan 'Yahudi Zionis'...tentu banyak helahnya, mereka di bayar jutaan ringgit untuk bekerja....maka pelbagailah helah yang bakal mereka berikan nanti....

Oleh itu, pendukung PR, haruslah berhati-hati dalam menghadapi tipu muslihat yang bakal mereka mainkan hingga menjelang PRU 13 nanti...

21 Mei 2012

DAP Anti Islam...?

Biar gambar dan petikan ini menceritakan segalanya...

Cerita yang aku ceduk www.darianaksungaiderhaka.blogspot.com ini aku tujukan khas buat 'barua-barua' UMNO di Pulau Pinang yang selama ini menghentam Lim Guan Eng...

KLIK DI SINI 

18 Mei 2012

Hudud :Senjata Memecahkan PR


Kini Karpal Singh‘melompat’ nampaknya bila mana di bangkitkan  isu ‘Hudud’…Beliau merupakan antara pimpinan dari DAP yang lantang menolak ‘hudud’…Maka di tentangnya habis-habisan…
 
Maka kesempatan yang ada ini UMNO dan gerombolannya dalam BN menggunakan isu ini sebaik mungkin. Maka tak hairan la jika liputan yang lebih di berikan oleh UMNO akan pendirian Karpal Singh ini…Ini lah senjata ‘ ampuh’ yang bakal di gunakan menjelang PRU 13 nanti.

Ini lah anatara cara yang UMNO gunakan dalam ‘memecahkan’ tembok persefahaman antara PR. UMNO melalui ‘kejahilan’ nya akan ‘spin’ habis-habisan isu ini. Ini secara tak langsung akan ‘mencacat’ kan PR.
Hudud adalah hukum Allah yang telah di terangkan di dalam Al-Quran. Hukum ini adalah perjuangan yang PAS dasarkan semasa ‘menapak’ dalam arena politik sebelum ‘kuat’…Saban hari PAS dengan penuh tanggungjawabnya ‘meyebarkan’ akan kebersanan hukum ini demi menunaikan perintah Allah.

14 Mei 2012

Sejarah 1511...

Tahu ka Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. pasai sejarah tu...tetiba sahaja beliau ungkapkan...Memang layak di panggil bodoh pun...Ni semua kerna depa yakni dah tahu bahawa UMNO akan kalah dalam PRU 13 nanti, maka keluar la statement yang agak bodoh ni...

Sejatarah 1511 adalah tahun di mana 'robohnya kota Melaka' di mana negeri tersebut di tawan oleh penjajah...kerna apa di tahan, kerna dalam pemerintahan melaka pada Zaman tersebut, terdapat 'penasihat' yang munafik sifatnya...

Mungkin ini juga talian nyawa terakhir UMNO dalam nak mempertahankan 'hayat' kuasa mereka. Mereka sedar kini rakyat dah muak dengan 'cara' pemerintahan UMNO. Kini rakyat hanya menanti masa dan tika sahaja dalam memastikan UMNO terus melingkup masa mengundi nanti.

KLIK SINI  untuk keterangan yang lebih lanjut.

Memandangkan himpunan merah yang UMNO buat baru-baru ini yang mudah di hentam, maka 'divert' isu harus di lakukan, maka kerja serta statement yang agak 'hina' ini harus di lakukan, antara tujuannya ialah untuk pastikan 'melayu' terus mengundi UMNO. Cara menakutkan ini di katakan akan memastikan minda melayu yang selama ini telah 'condong' kepada PR harus di pusingkan kembali kepada UMNO...

Kekadang tu terfikir jugak la aku pasai 'mamak' nih...layak ka di kupas isu 1511 ni...kerna 'Mamak' terlibat ka dalam proses kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu...Umum tahu 'mamak' kini hanya merancakkan diri sahaja dengan berpaksikan 'melayu'...di Penang kan kini 'mamak' sibuk memperjuangkan Melayu...Tak yah lah rasanya nak 'hurai' pasai 'geng mamak' ni di Penang sejak akhir-akhir ni....

Berbalik kepada isu Nor Yakop ni...aku tak hairan la sangat kerna UMNO semakin 'desprade' dengan keduduakan mereka sekarang ni. Nak wat perhimpunan pun kena 'berangkut'...kalau nak harap pi sendiri, alamat bertambah kosong la stadium tu...

11 Mei 2012

Jual Burger Depan Rumah Orang

Naik geli hati aku lihat gelagat 'ejen' UMNO ni...Ada ka pi jual burger depan rumah Ambiga...laku ker  yek...Ni la simbolik paling bodoh yang 'ejen' UMNO lakukan.

Simbolik yang depa nak buat ialah nak tuntut ganti rugi kat Ambiga pasai 'demo' bersih baru-baru ni...Kononnya di katakan pasai 'demo' BERSIH, depa rugi tak terhingga nilainya...Mangkaq betui  la puak-puak ni...Rezeki tu kan di tangan Tuhan, kalau berniaga di tempat tercorot pun, kalau dah di tetapkan rezekinya pun untung jugak....

Ni la yang di katakan 'peel' UMNO yang semakin nak meroyan...kesian la pada puak-puak ni. Aku mengagak bahawa ramai lagi akan 'gelak' bila tengok kerja gila yang puak-puak ni buat...

Tak terpikir ka puak-puak ni , nanti ada plak orang akan berniaga kat depan rumah Najib plak...kerna nak tuntut 'gantirugi'....Harap-harap 'geng' PR tak buat la kerja gila nih nanti yek...Biarkan orang gila dengan kerja depa, kita jangan la terikut cara mereka.

Kekadang tu kan, rasa semakin menyampah kat UMNO ni, demi nak 'kekalkan' kuasa pelbagai kerja 'bodoh' akan di buat...semuanya demi nak cari 'publisiti' murahan.

Aku rasa la, kerja gila ni sudah ada 'director' yang aturkan, sebab antara lain bagi nak menutup akan 'kemaraan' PR setelah BERSIH 3 mendapat sambutan dan liputan yang meluas. Hinggakan di katakan hampir 250 K rakyat 'turun' padang. Maka 'signal' jelas telah rakyat berikan.

Berbalik pasai 'penjual' burger ni...tak rasa 'pelik' ka dalam hati nurani kecil mereka ni...tak rasa bodohkah buat kerja ni...ia semua memalukan umat Islam sahaja...kenapa aku kata Islam? Sebab yang terlibat dalam bisnes ni ialah Melayu dan Mamak...Sebab di Malaysia 'melayu' itu telah di labelkan sebagai Islam...di Malaysia saja la...Islam sebenarnya tak begitu....

Buat 'kengkawan' dalam UMNO tu, pikiaq la balik, ada ka 'simbolik' ni bersesuaian dengan keadaan sekarang...Rakyat la ni bukan la bodoh macam dulu...Terima lah hakikat bahawa UMNO sekarang sudah tak sesuai lagi buat Melayu yang cerdik 'pemikirannya'...


8 Mei 2012

Fatwa Yusof Al-Qardawi

Yusof Al-Qardawi yakni Ulama yang tersohor di dunia masa kini telah memfatwakan bahawa  meyertai 'Demo' bagi menyatakan kebenaran adalah HARUS...Itu lah fatwa terkini yang keluar dari mulut 'ilmuan' Islam itu..

Maka terkedu la sedikit akan 'alim ulama' kuda tunggangan UMNO dalam nak menangkis 'fatwa' tersebut. Mana taknya, 'fatwa' beliau lebih bernilai lagi dari 'fatwa' yang majlis fatwa Malaysia keluarkan...Fatwa beliau akan di guna pakai di seluruh dunia jika di bandingkan 'fatwa' dari Malaysia.

Kini UMNO agak 'gusar' sedikit kerna umumnya masyarakat akan menggunakan 'fatwa' antarabangsa dari menggunakan 'fatwa' dari Ulama UMNO.

Terbaru ialah Hassan Ali jugak enggan mengulas 'fatwa' yang Yusof-AlQardawi keluarkan. Hassan Ali sebenarnya tahu akan di mana 'kedudukan' beliau jika nak di bandingkan dengan tokoh islam yang hebat itu...Maka 'alasan taici la' yang beliau berikan....Hassan Ali katakan.

UMNO masih Mahu Membodohkan Rakyat

Ternyata sekali 'fatwa' yang di keluarkan baru-baru ini mendapat tentangan yang hebat, bukan dari rakyat, malah para ilmuan Islam yang tak berpolitik juga menemplak 'fatwa' berikut.

Ini lah yang terjadi ke atas Jawatankuasa Fatwa kebangsaan yang ' mengharamkan' BERSIH 3.0. Meminjam ungkapan mursyidil am PAS iaitu Dato Bentara Setia Nik Aziz, dengan ringkas dan padat beliau mengatakan bahawa 'fatwa' tersebut hanya menggunakan sebelah mata, malah mata yang di gunakan itu sepatutnya perlu memakai cermin dahulu....

Memang jelas rakyat sendiri tahu bahawa fatwa yang di wartakan itu adalah atas 'neraca' politik, bukannya neraca keadilan Islam. Mereka, yakni majlis fatwa hanya mendengar sebelah pihak sahaja, tanpa 'bertanya' sebelah pihak lagi, maka fatwa yang di keluarkan tidak mencerminkan Al-Quran, malah ia berasaskan KERAjaan.

7 Mei 2012

Demonstrasi Itu Haram ?

Salam semua.

Naik meloya aku dengan golongan ilmuan Islam yang menjadi Ahli UMNO..bukan la ilmu agama aku ni tinggi, tetapi ada la jugak 'mendalam' kan Agama Islam yang fitrah sifatnya.

Baru ni, Jawatankuasa agama telah 'haramkan' demo yang telah di lakukan oleh rakyat yang sayangkan negara kita yang tercinta iaitu Malaysia. Peserta demo 'bersih' sebenarnya mahu bersihkan SPR yang sejak ini telah melakukan banyak kesalahan , terutamanya daftar pengundi,

Rakyat telah 'tampilkan' pelbagai bukti di atas 'kesilapan' SPR yang jelas, tetapi ia seakan tak di endahkan oleh SPR sahaja. Maka rakyat pun bangkit dalam menyatakan akan 'protes' mereka.

Kenapa Rakyat menyatakan protes...KLIK SINI

5 Mei 2012

Bersih 4.0 ?

Salam semua...

Apa pun syabas kat Rakyat Malaysia kerna telah berani 'turun' BERSIH 3.0 baru-baru ni. Di anggarkan hampir 250 ribu manusia yang hadir...Tahniah dan syabas.

Di khabarkan plak, BERSIH 4.0 akan menyusul kelak. Ini kerna susulan BERSIH 3.0 yang mendapat sambutan yang 'kemaih'...Teruskan hingga 'ketitisan' darah terakhir.

Sebelum 'di lalutkan' terlebih lalut lagi, perlu di ingatkan bahawa Rakyat Malaysia kini celik akalnya..Dalam Islam bolehlah di ketogerikan sebagai 'Ulul Albab'...Rakyat kini tahu akan 'kejahatan' yang SPR lakukan. Bayangkan, kini 'pendatang' telah di benarkan mengundi di Malaysia...Ini semua di lakukan demi nak 'kekalkan' kuasa yang ada...sampai bila depa ni nak kekalkan kuasa yek ?...sampai mampuihka....

2 Mei 2012

Giliran Azmin Plak...

Terbaru ialah citer pasai gambo seks Azmin. Siapa Azmin, semua rakyat Malaysia kenai siapa akan gerangan Azmin nih. Dia merupakan Timbalan Presiden PKR. Makna kata dia adalah orang nombor 2 tertinggi dalam parti PKR.

Umum telah ketahui bahawa PRU semakin hampir, kerna 'edah' BN/UMNO dalam memerintah Malaysia semakin di hujung....Maka dalam memastikan kuasa mereka terus kekal, maka 'plan-plan' harus di atur dalam memastikan kuasa berterusan.

Maka tak hairanlah jika 'skandal' musuh mereka di mainkan. Ini kan ' tradisis' UMNO setiap kali PRU akan tiba. Maka terkini ialah Azmin adalah 'mangsa' mereka.

Kenapa Azmin di jadikan citer, sebab mungkin mereka yakni UMNO dah tahu  bahawa kalau buat skandal Anuar Ibrahim, mungkin tak kan laku 'cerita' tersebut, maka 'tembakan ' beralih arah kepada Azmin.

Paling yang sedih ialah, Utusan Meloya dan gerombolan yang lain menyiarkan gambo 'Azmin' di 'front page' surat khabar depa tu...Paling aku tragis ialah ia sebenarnya tak sesuai langsung kerna ia 'merendahkan' imej akhbar melayu...Bayangkan jika kanak-kanak melihatnya, ternyata ia bakal menjadi persoalan kerna 'gamba' separa blue telah utusan siarkan...

Kekadang tu agak malu jugak aku dengan cara BN/UMNO 'berpolitik'.... ini kerna 'modus operandi' yang puak-puak ni lakukan telah di baca 'taktiknya'...ia seakan menunjukkan kebodohan para pemimpin UMNO sahaja. Bahsa lain ialah 'ketinggalan' namanya.

Apa pun kita tunggu sahaja 'feed back' dari Azmin. Biar beliau sendiri menjawab, ini kerna dia merupakan tuan tubuh yang telah 'di katakan'....

Paling gembira aku rasa setakat ini,ialah Umi Haflida, iaitu adik kandungnya sendiri. Umum juga mengetahui bahawa Umi selama ini memang tak 'sebulu' dengan Azmin...semua orang tahukan...maka tak yah la nak di ulas lagi kan....Buat Umi, ini jugalah masa yang sesuai untuk beliau 'telanjangkan' abangnya sendiri.

Ada juga tadi mengatakan bahawa Umi telah mengesahkan bahawa 99.99% adalah Azmin...kita tunggu la plak apa penjelasan Azmin selepas ni.

Bagi aku, isu Azmin sebenarnya tak menggoyahkan langsung PR dalam menghadapi PRU nanti. Ini kerna Azmin bukanlah sasaran terbaik dalam menjahanamkan PR kelak. Jika Azmin diamkan diri pun ia sebenarnya tiada hal punya....Lain la kalau macam Rafizi,Saifudin Nasution ka, Cikgu Bard ka...ada la sikit 'gegaran' yang bakal di alami oleh PR...Jika Azmin sasaran mereka, ia tak menggugat langsung PR....

Buat yang dok sibuk 'hebahkan' hal peribadi orang tu, hentikanlah...pintu taubat masih terbuka lagi..Jangan la kita termasuk dalam golongan "Makan daging saudara sendiri' seperti yang Rasull Tuhan katakan...

Hentikanlah 'politik' seks....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...