30 Januari 2012

Kantoi Lagi...

Satu demi satu, kain UMNO di selak...sedang rakus membongkar 'peribadi' DSAI semakin terselak kain mereka...itu lah yang terjadi kepada UMNO sekarang.

Terbaru ialah pendedahan yang di buat oleh Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail. Beliau sendiri mengatakan bahawa beliau telah di berikan arahan oleh suami 'Mami Jat' iaitu Datuk Mohamed Salleh Ismail yang merupakan Pengerusi Eksekutif Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

29 Januari 2012

UMNO Kantoi Lagi...

Tuhan itu Maha Kaya.' ..itu lah yang harus kita pegang...

Kerja mengaibkan memang di tegah dalam Islam. Hinggakan Islam 'menyamakan' golongan yang mengaibkan orang sama seperti memakan 'daging saudara sendiri'...

Biar la Tuhan menghukum golongan yang bersalah...tak perlu la mengaibkan sesema Islam...Buruk padahnya...Buat la pertimbangan yang adil, bukannya pertimbangan politik...Jika seseorang itu benar-benar bersalah,hadap la kemuka pengadilan...Islam ada 'caranya'

Kenapa aku bertazkirah....sebab kini 'kerja menjatuhkan' lawan semakin jijik...Video demi video di sajikan bagi 'menyatakan' kejahatan lawan politik..hinggakan 'halal bin haram' sudah tidak di pedulikan...Akhir nya semuanya 'memakan' diri sendiri...Berpolitik lah secara sihat...

Di bawah ini aku sertakan 'kantoinya' UMNO bila 'memfitnah' DSAI...Itu lah yang di katakan Tuhan Maha Kaya sifatnya...

KLIK sini  untuk keterangan lanjut.

Najib Di Cabar Anwar Berdebat... Ada berani ?

Najib telah di cabar...itu lah statment terbaru yang DSAI keluarkan pada majlis Tahun Baru Cina anjuran PKR Pulau Pinang.

Najib kini telah di budak-budakkan oleh DSAI sebentar tadi..kini tawaran 'Bai' telah di berikan kepada Najib...'Bai' macam mana?...Najib di berikan 20 minit, DSAI hanya perlukan 10 minit...Dasyat tu...Tetapi beranikah si Najib berhujah secara bertentang mata dengan DSAI...Jawapannya hanya Najib sahaja 'yang tahu'...berani tak Najib?...

Najib sebelum ini sibuk 'mengkompangkan' keterbukaan serta keberaniannya dalam berdepan dengan DSAI...malah seluruh malayasia 'di canangkan' bahawa di tak takut berhadapan dengan DSAI, tetapi bila di tawarkan 'berhujah' satu lawan satu, sampai sekarang jawapan belum di berikan...Ia menampakkan akan 'kekecutan' Najib...Paling best sekali ialah bila DSAI memberikan 'Bai' kepada Najib.

28 Januari 2012

Video Anwar Terbaru ? Bagus...

Salam semua...

Kini heboh pulak video terbaru yang melibatkan DSAI...ish ish ish...lepas satu, satu lagi 'kejahatan' DSAI di 'tontonkan'....Ini lah cara terbaru politik ala UMNO dalam berpolitik...macam tak ada modal lain langsung...Bagus jugak kan...

Kenapa di katakan bagus..Bagus kerna menunjukkan akan 'kecetekan' serta bertapa terdesaknya UMNO dalam 'berdepan' dengan DSAI semasa PRU 13 yang bakal menjelang...Setidaknya rakyat nampak akan 'terdesaknya' pihak UMNO dalam menanti PRU nanti..seolah-olah DSAI rendah moralnya...

Bercakap pasai rendah moralnya...yang dok 'tayang' video tu tinggi ka moral mereka ?...hingga sanggup 'makan daging saudara sendiri tu'...ni la yang di katakan UMNO...

27 Januari 2012

Terdesak Sangat Ka...

Terkejut juga aku dengan tindakan 'segelintir' manusia yang 'haprak' ni...Haprak kerna gilakan 'publisiti' maka sanggup menipu rakyat...ataupun ia merupakan unsur sabotaj yang hendak di lakukan.

Ini kerna sanggup menggunakan 'head letter' EXCO agama Pulau Pinang bagi meramaikan majlis ataupun ia satu unsur sabotaj yang sengaja di lakukan...Hal ini ialah 'pasai' himpunan Selamatkan Akidah yang di kendalikan oleh beberapa NGO...Antara tokoh yang bakal hadir ialah Dato Dr Hassan Ali, yakni bekas EXCO Selangor yang telah di pecat oleh PAS.

Mungkin kerna nak pastikan 'kedatangan' orang ramai, maka ia menggunakan nama EXCO Penang yang jaga port folio agama...

Keterangan Lanjut boleh di baca di bawah:
(Kredit to Anak Sungai Derhaka)

Surat jemputan yang menggunakan kepala surat palsu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) bagi menjemput pengerusi-pengerusi Qaryah Masjid di Pulau Pinang telah diedarkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab.

11 Januari 2012

Dah Mula Mengampu DSAI

Setelah DSAI di dapati tak bersalah, maka pelbagai pendapat telah di berikan oleh orang-orang UMNO. Yang paling best sekali ialah pendapat Si Mamak ni...tak terkejut aku di buatnya...ini kerna setelah DSAI di bebaskan dari tuduhan liwat, maka bersuara lah dia...Andai kata DSAI di sabit kesalahan, adakah dia akan berkata demikian ...

Aku tak hairan jika selepas ini ramai lagi akan 'membodek' DSAI...terutamannya ahli-ahli UMNO sendiri. Ini secara mudahnya adalah 'talian hayat' mereka bagi memastikan bahawa 'karier' mereka dapat di teruskan. Mereka juga telah sedar, UMNO hanya menantikan saat di talkinkan sahaja lepas ni...Dah mampos pun UMNO sekarang nie...cuma hanya nak tunggu di talkin kan sahaja...Maka ahli politi UMNO yang licik akan 'berpindah' arah untuk pastikan mereka terselamat dari di talkinkan....

Bayangkan, semasa DSAI 'bergelut' dengan fitnah liwat, mana suara-suara pemimpin UMNO hendak 'membela' DSAI...semuanya 'setan bisu' dalam nak menjahanamkan DSAI, bila mana makhamah memutuskan bahawa DSAI tak bersalah, maka ramai la yang memujinya bagaikan DSAI adalah hero sebenar mereka.... Pi la MAMPOS UMNO...bersiap sedialah untuk di talkinkan selepas ini...

KLIK SINI   untuk melihat keterangan lanjut.

Harapan rakyat akan terletak kepada DSAI selepas ini dalam mencorakkan 'negara' kepada lebih 'senang', maka kini 100 peratus harapan itu akan di pikul kepada DSAI, maka harap DSAI selepas ini lebih 'bijak' memilih teman-teman dalam meneruskan agenda selepas ini...Jangan la 'mengangkat' KAKI AMPU dalam menjana perubahan...lihatlah sebelum ini, 'peristiwa' lompat oleh teman-teman DSAI sedikit mengecewakan rakyat...harapan agar ia tak berulang....Ini kerna rakyat sentiasa di belakang DSAI...maka rakyat juga mampu menjana perubahan tanpa teman DSAI yang kaki ampu....

Kami mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi di atas kebebasan yang Tuhan 'aturkan' kepada DSAI....Selamat Beristirehat bersama keluarga....

5 Januari 2012

UMNO Semakin Kepanasan

Inilah sebenarnya realiti yang kini melanda dalam kumpulan bernama UMNO...semakin panas dan tak senang duduk di buatnya. Kerna, selagi DSAI ke penjara,maka tak senang duduk lah mereka di buatnya. Maka 'target' untuk menghumbankan DSAI harus di jayakan.

Ramai yang menjangkakan bahawa DSAI akan 'kepenjara' pada tarikh 9 Januari nanti...itu lah telahan yang di berikan oleh masyarakat  memandangkan 'perbicaraan' dunia yang di kawal oleh BN/UMNO. Terdapat pelbagai ketempangan yang jelas dapat dilihat semasa proses perbicaraan di jalankan. Banyak 'statement' bodoh yang telah di lakukan oleh oleh pihak pendakwaraya...maka ramai 'menjangka' skrip sudah di dahulukan terlebih dahulu sebelum 'bicara' di jalankan...

4 Januari 2012

Adam Adli: Kebanggaan Pelajar Melayu

Adam Adli...itu lah nama yang kini tiba-tiba muncul di persada politik Malaysia. Anak Muda yang bergelar 'mahasiswa' telah mencetuskan satu 'revolusi' di kalangan pelajar.

Anak muda yang berani menurunkan bendera yang bergambar Hj Najib dan di naikkan bendera wakil 'mahasiswa'...Syabas dan Tahiniah harus di berikan...Maka tercetuslah satu 'revolusi' baru dalam 'politik pelajar'.


Sebenarnya tidak menjadi kesalahan mereka menurunkan bendera yang memaparkan wajah Hj Najib dan di naikkan 'bendera' mewakili pelajar. Bendera mereka hanya sebentar sahaja di naikkan dan di naikkan semula bendera 'Hj Najib'. Ia sebenarnya merupakan satu 'signal' dari golongan pelajar yang mahu menyatakan bahawa 'wujud' nya mahasiswa yang mahukan perubahan pentadbiran dari pemerintah. Maka kerja 'nakal' ini mereka lakukan...Mereka yakni golongan mahasiswa sebenarnya 'tak mengancam' atau menggugat langsung akan 'keharmonian' negara...mereka ini cuma 'nakal' sedikit sahaja...'Nakal bertempat'.

Nasib DSAI

Pada tanggal 9 Januari ni adalah tarikh keramat buat semua pendukung reformasi. Ini kerna ikon reformasi negara yakni DSAI akan di tentikan akan 'kebersalahan' ataupun tidak oleh 'makhamah dunia' yang di adili oleh hakim di Malaysia. Bersalah atau pun tidak DSAI hanya hakim sehaja yang tahu akan 'skirp' yang di buat.

Tarikh ini akan di nantikan seluruh Malaysia dan Dunia jugak rasanya. Ini kerna 'liwat 2' ini mendapat liputan yang luas di seluruh dunia. Siapa yang tak kenalkan DSAI. Orang no 2 di Malaysia yang 'di singkirkan' oleh Tun M pada tahun 1998. Semua 'pimikiran' politik masyarakat telah berubah ketika itu bila 'wirawan' di pecat oleh yang 'berkuasa' ketika itu. Maka gumpitalah jadinya seketika.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...