SELAMAT BERKONGRES kawan-kawanku.
Itulah yang harus aku ucapkan seawal pagi tadi lagi...tetapi apakan daya 'kerja' membataskan...tetapi hatiku tetap sayangkan akan perjuangan PKR yang semakin memuncak. Semakin memuncak, maka banyak la dugaan yang harus di tempuhi...Maka semakin banyak la 'peel-peel' yang dapat di lihat. Itulah adat dalam berpolitik.
Anak muda adalah pelapis yang bakal 'mewarisi' negara. Mereka lah golongan yang harus di beri perhatian, kerna kelak mereka lah bakal mencorakkan negara. Maka perhatian dan idea mereka harus di pandang agar kesilapan tidak berlaku kelak. maka anak-anak muda harus di jaga.
Sejarah kebangkitan politik sesebuah negara berjaya dengan ada sumbangan anak-anak muda. Tanpa mereka mungkin sesuatu perubahan politik tidak akan berlaku. Ini kerna anak muda 'terlebih' dahulu terdedah kepada arus perubahan. Maka merekalah yang kehadapan dahulu...maka tak hairan lah jika
golongan muda lah pencetus akan segalanya.
Dalam PKR anak-anak muda di kenali sebagai AMK- Angkatan Muda Keadilan. Dalam keadilan 'mensyaratkan' kan agar mereka yang berumur 35 tahun ke bawah sahaja layak 'di ketogerikan' sebagai anak muda. Ledakan reformasi pertama pada tahun 98, anak muda lah antara 'penyumbang' akan ledakan tersebut. Ini kerna anak-anak muda tanpa rasa takut kerna mereka berani kehadapan. Maka letusan perubahan 98 telah di sambut sebahagian besar anak muda dari lapisan bawah hingga ke lapisan terpelajar...Maka gerakan ini telah berjaya di lakukan.
Setelah 12 tahun ia telah berlalu, maka perubahan yang di kehendaki telah 'sedikit' berjaya di gapai, maka Tuhan telah 'mengizinkan' kita memiliki 4 negeri di Malaysia. Sepatutnya 5...maka rakyat ingin melihat akan perubahan yang telah di war-war kan selama ini, maka segalanya telah dapat di lihat...berjaya atau tidak, biar rakyatlah yang menilainya..nilali lah seadilnya dalam pertimbangan keikhlasan...
Setelah kejayaan di perolehi, secara jujur di lihat Anak-anak muda seakan 'di sisihkan'...mungkin kerna sibuk, lupa, terlepas pandang atau sebagainya...kini di lihat akan 'kelibat' anak-anak muda seakan tidak 'di perlukan' sahaja...seperti di tinggalkan di buatnya...dalam kata mudah, seperti di sisihkan sahaja di buatnya...seolah tiada apa yang perlu d hargai di buatnya...Maka tak hairan lah apabila anak-anak muda semakin kurang dalam arus perubahan ini...mungkin tidak di perlukan lagi di buatnya....
Maka kini anak muda seakan 'suam' kuku sahaja dalam arus politik perubahan...percayalah kini anak-anak muda sudah terasa akan ' di pinggirkan' ...mereka sedar akan perubahan ini..tetapi 'berjuang hanya sekadar suam kuku' sahaja...Tetapi masih sayangkan PR. Pemimpin dahulunya 'menantang' anak-anak muda dalam perjuangan, kini setelah kejayaan di perolehi, ia di lihat sebagai 'menendang' anak-anak muda...Mungkin ini kerna kuasa dan kedudukan.
Kerna apa berkata begini, mungkin kerna 'nak jaga' kuasa dan pangkat, maka anak-anak muda harus 'di sepikan' ini kerna anak-anak muda mempunyai idea-idea yang jauh lebih baik dari 'ketua' mereka, maka untuk menjaga akan 'kedudukan' maka anak muda harus di diamkan. Jika di biarkan ia bersuara, maka 'habis la' ketua-ketua bodoh tersebut di tenggelami oleh 'banjiran' idea-idea anak-anak muda. Ini kerna anak-anak muda 'tiada kepentingan' maka perjuangan mereka ada telus...Jika nak di bandingkan dengan ketua-ketua 'bodoh' yang ada...
Maka pelbagai cara di buat dalam memastikan anak-anak muda duduk diam...Bila anak muda 'mengadu' kepada atasan, ia di pandang sepi sahaja. Seolah atasan ini dan ketua yang ada sudah bersetongkol...biarla...masa belum sampai lagi...jangan buat sampai anak muda 'melugai' kelak...teruk bahananya nanti...Anak muda bukan mahukan 'habuan' tetapi anak muda mahukan perubahan....maka bila pertembungan berlaku,maka terdapat la perbalahan....Maka 'cara politik meniru UMNO' di gunakan.
Inilah hakikat yang harus di terima oleh oleh kepimpinan PKR yang berada di atasan..Jangan la pabila parah benda ini baru lah nak sedar akan kesilapan. Terlambat dah...
Maka, anak-anak muda haruslah di beri perhatian, dengar la pendapat anak-anak muda di bawah...jangan kerna dah menjadi ketua, semua saranan yang di utarakan di bakul sampahkan...Belajarlah akan 'GOLONGAN MUDA dalam sejarah yang bangkit membuat peubahan...
Anak Muda mungkin di dekati bila PRU akan datang, masa ini lah anak muda akan di dekat dan di dengar...selepas kemenangan di gapai, maka anak muda di biarkan saja....
Maka seharusnya kepala anak muda 'tegas' dalam isu ini, jangan hanya anak muda ' dikhaldaikan; oleh orang atasan demi kepentingan.
MAAF ANDAINYA STATMENT INI MENYINGGUNG MANA-MANA PIHAK.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan