18 November 2011

Artis Melayu Seksi: Apa Mau Heran...

Baru ini ada di utarakan akan prihal artis Melayu yang berpakaian  terlalu seksi. Biasa la tu...Kenapa aku kata biasa,Jawapannya Mudah ! Sebab depa ni yang berpakaian seksi tak ganggu UMNO/BN. Inilah hakikat sebenarnya pemerintahan di Malaysia yang di katakan Malaysia Negara Islam.

Sebenarnya bagi aku perkara ini biasa sahaja di Malaysia. Kementerian Yang Berkaitan di Malaysia bukannya tak tahu,sebab ada juga anak-anak menteri, sedara mereka bekecimpung dalam dunia artis...Maka apa perlu di kacaukan...kerna itu mereka ni tak kacau artis pun...Setidaknya bagi mereka ia jugak 'merancakkan' keadaan...  jugak kan...hehehehehehe...

Inilah hakikat sebenar Menteri Berkaitan Di Malaysia. benar la kata DSAI bahawa Agama,Bangsa hanya di war-war kan sebagai 'survival' politik mereka sahaj. Nak Jaga Agama dan Bangsa tu hanya 'sedikit' sahaja jika di bandingkan dengan 'MASYUK' mereka. Terus terang akau katakan pemimpin Melayu UMNO sebenarnya hanya mementing 'kedudukan' tanpa menghiraukan MARUAH bangsa atau pun agama.



Pelik bin ajaib di buatnya...Sedangkan menteri penerangan atau yang berkaitan adalah melayu Islam, tetapi tidak di ambil berat semuanya ini, Janji jangan kacau UMNO sudah...Sepatutnya UMNO haruslah menjaga adab dan maruah melayu agar di hormati. Ini kerna Artis adalah 'ikon' kepada remaja. Setiap pakaian, perlakuan serta penampilan mereka akan menkadi ikutan kepada remaja.

Mungkin 'sengaja' Menteri yang bertanggungjawab tak mau ambil tindakan. Ini mungkin bagi memastikan 'rakyat' terutamanya melayu menjadi jahil, bila jahil senang la pemimpim nak 'bermaharaja lela' nanti...Pelik kan dengan pemimpim UMNO ni, slogan sahaja nak membela Bangsa, Agama dan Negara, tetapi ini semuanya adalah 'omong' kosong sahaja bagi mengaburi rakyat yang kurang bijak.

Seharusnya ETIKA PAKAIAN artis harus di kuatkuasakan, bagi menjada MARUAH ADAT MELAYU, tetapi semuanya di pandang sepi sahaja oleh Menteri. Ini lah yang dikatakan 'munafiknya' UMNO dalam menjaga maruah melayu dan Islam. Teringatkan kembali ketika Arwah 'TOK MAT' menjaga hal ehwal artis,agak tegas sifatnya..malah etika rambut bagi lelaki pun di kuatkuasa semasa pemerintahannya...Semoga Tuhan mencucuri Rahmat ke atas Rohnya...

Kini menteri yang menjaga hal ehwal semacam buat tak tau sahaja, adakah ini mungkin bagi nya perkara biasa sahaja ?..Entahla...Maka tak hairan la jika anak-anak remaja hari ini semakin berani mendedahkan aurat mereka serta 'SEKSI' di khalayak ramai, ini kerna ia 'seolah' di izinkan oleh Pemerintah yang 'claim' diri mereka sebagai Pemimpim negara Islam. Tak perlu la kita 'terkejut' jika melihat akan KEROSAKAN akhlak muda mudi melayu. Ini kerna kita sudah di dedahkan dengan 'sikap barat' sejak kecil lagi.

Setakat ni belum ada 'PENEGASAN' yang di buat oleh PEMIMPIN MELAYU BN dalam etika pakaian artis Melayu Islam di Malaysia. Ia seolah DI IZINKAN sahaja oleh Pemerintah hari ini. Sebagai Contoh ialah 'menutup aurat' di kalangan wanita Islam. Ini kerna aurat adalah kewjiban umat Islam, tetapi Menteri sendiri tidak menunjukan contoh teladan yang baik. Maka Islam di Malaysia di bawah pimpinan UMNO seolah membenarkan pembukaan aurat.

Oleh demikian, di harapkan Pemimpin yang ada hari ini,pandang seruis lah masalah ini. Menteri yang bertanggungjawab haruslah mengambil TINDAKAN TEGAS bagi MEMARUAHKAN Melayu Islam di Malaysia. Bagai mana plak tanggapan bukan Islam terhadap ISLAM...Mungkin bagi mereka Islam ini sama sahaja dengan mereka dalam pemakaian seharian.

Teringatkan akan kata-kata Imam Ghazali As-Syafie:
" Untuk Melihat Kejayaan sesuatu bangsa di masa depan, lihatlah akhlak atau moral remaja bangsa itu hari ini, Jika rosak akhlak mereka, maka rosak lah bangsa itu di masa depan."

Renung-renungkan, Fikir-fikirkan...Selamat beramal...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...