2 Ogos 2013

Melayu Biadap:Isu Anjing

Salam Ramadhan...

Beberapa hari lalu negara di kejutkan dengan isu 'bersama' anjing. Yang peliknya melayu tersebut kelihatan begitu mesra dengan anjing... hinggakan di manjakan hingga ke dalam rumah...

Umat Islam begitu sensetif dengan anjing... kerna Anjing di ketegorikan dengan 'najis berat'... maka Melayu Islam sensetif la dengan isu ini.

Paling melukakan hati masyarakat melyu Islam ialah ucapan serta di sertakan takbir raya... maka keadaan menjadi semakin panas... Panas kan...

Episod ini bermula dengan sikap keterlaluan seorang pelatih anjing yang di kenali Chetz (Maznah) memuat naik turun gambarnya bersama anjing di dalam You Tube serta di serta ucapan Aidil Fitri....Maka isu semakin panas la jadinya.

Berbalik kepada isu anjing dalam masyarakat Melayu....

Melayu sinomin dengan hukum haram ke atas anjing.... hakikatnya najis anjing adalah najis berat... Kalau dari segi fekah pulak, kita di bolehkan membela anjing bagi beberapa tujuan... antaranya menjaga kawasan rumah dan kawasan kebun atau dusun... ia di benarkan... begitu jugak dengan memburu...maka ia di bolehkan.... Kalau bab bela serta bermanja dalam rumah tak tahu plak aku apa hukumnya.... Minta penjelasan dari 'pakar' agama...

Kecewa jugak la aku ni dengan sikap Chetz ini... ia kelihatan seolah 'biadap' pun ada jugak... sebab 'bermesra' dengan anjing hingga di dalam rumah...tak tau la plak jika di bawa masuk ke dalam bilik....

Sepatutnya, jika di ketegorikan sebagai penjinak anjing, jaga la adab melayu Islam di Malaysia... tindakan ini secara tak langsung bakal mencetuskan 'kekeliruan' umat Islam yang memang dah celaru sejak kebelakangan ini...

Harap selepas ni, jaga la kelakuan... kalau nak buat dosa pun hang tak payah la nak tunjuk kat orang... jangan la melukakan hati dan perasaan bangsa sendiri....

Harap permohonan maaf secara terbuka di lakukan bagi meredakan sensitif umat Islam... Harus di ingat bahawa umat Islam di Malaysia semakin di usik kasar oleh bukan Islam... Jangan la di tambah derita umat Islam Malaysia yang semakin dok 'kelut' setiap hari....

Wassalam...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...