21 Februari 2012

DSAI Perjelaskan Kepada Nik Aziz

Setelah gagal 'mematikan' DSAI dengan pelbagai cara, maka 'modus operandi' mereka di tukar kepada 'memecahkan' sesama Pakatan...Itu lah taktik yang di gunakan UMNO dalam menjahanamkan PKR dan PR.

Maka kenyataan DSAI telah di 'spinkan' bagi mengelirukan kengkawan dalam PR. Maka kenyataan 'putar' di mainkan bagi menimbulkan rasa kurang senang teman-teman PR terutamanya PAS dalam isu 'Israel' yang di buat oleh DSAI di Doha baru-baru ini.

KLIK DI SINI  untuk keterangan lanjut.

Tetapi adalah amat malang sekali kerna 'taktik' yang di gunakan sebenarnya memakan diri mereka sendiri. Mana taknya, kenyataan DSAI yang mereka 'hebahkan' itu ternyata kenyataan yang di edit..hanya setengah sahaja kenyataan DSAI di keluarkan, selebihnya di simpan...maka kebodohan mereka teserlah bila mana kenyataan penuh telah 'di pamerkan'....Maka 'seluruh Malaysia telah mendapati bahawa kenyataan itu di tipu oleh 'regim' UMNO yang kini hanya menantikan untuk di talkinkan sahaja.

Ada Baiknya Najib Takut Debat...

Setelah pelawaan demi pelawaan di 'hint' kan, Najib bagaikan 'taici' sahaja pelawaan DSAI...bermacam alasan di berikan hinggakan 'menampakkan' akan 'ketakutan' Najib bila di ajak 'berhujjah' dengan DSAI...

Ini lah yang rakyat Malaysia nampak bila mana 'selesainya' wakil cina berhujjah...Kini Najib bagaikan 'gabra' bila mana di asak oleh 'pemberita' di atas kesudian Najib berhujjah dengan DSAI.

Wakil Cina dah sudah,kini tiba plak giliran wakil 'melayu' berhujjah...Tetapi nampaknya seakan tidak terjadi yer...Kini nampak akan Najib 'meminta' bantuan Tun M yang dah berusia itu untuk membantunya...Lihatlah kenyataan terbaru dari Tun M....KLIK SINI untuk lihat keterangan lanjut dari Tun M.

20 Februari 2012

Anwar Ibrahim Agen Israel ?

Kekadang tu naik meluat aku dengan kerenah-karenah musuh PR iaitu UMNO...Saban hari di balum DSAI dengan mengatakan bahawa DSAI adalah 'agen utama' Israel di Malaysia.

Terbaru ialah pasai kenyataannya di luar negara yang mengatakan bahawa beliau 'iktiraf' Israel...naik meloya aku dengan media 'tunggangan' UMNO...di putar cerita itu dengan menyiarkan  'setengah' sahaja 'petikan' yang sebenarnya...Maka di mainkan setiap hari bagi 'pastikan' DSAI adalan agen Israel di Malaysia.

Paling 'melugai' sekali ialah Tun M yang dah berasara 'turut' serta 'menghentam' DSAI sehentamnya...Hentamannya kali ini 'menampak' akan dendam kesumat Tun M selama ini terhadap DSAI...jelas kan...

3 Februari 2012

Israel : Kenyataan DSAI

Baru ini 'di kecohkan' DSAI pro Israel....maka kesempatan ini di manipulasi dan di gunakan sebaik mungkin bagi memburukkan DSAI dan PKR...malah tempiasnya juga terkena akan rakan-rakan PR yang lain.

Saban hari media massa arus perdana 'menyajikan' bahawa DSAI adalah 'sekutu' ataupun agen kepada Israel. Maka kesempatan ini puak-puak BN gunakan sehabis serta sebaiknya...

Berbalik kepada citer pasai Israel, Rakyat Malaysia amnya Melayu amat sensetif dengan perkataan 'ISRAEL'...Israel itu laknatullah...bermacam lagi label yang di berikan kepada Israel bagi menggambarkan bahawa Israel ini merupakan musuh kepada Islam...Bila memberi sokongan kepada mereka, maka kita termasuk dalam golongan yang memusuhi Islam....Itu lah yang telah tersemat di dalam pemikiran Melayu-Islam di Malaysia.

Pengaruh Israel Di Malaysia.

1 Februari 2012

Isu Aziz Bari : Apa Ada Pada Gelaran....

Salam Semua.

Terkini isu gelaran Profesor pada Dr Aziz Bari 'di tarik'...itu lah yang terjadi ke atas Aziz Bari bila beliau tidak lagi menjadi pengajar di IPT...Kecoh jugak di buatnya...

Apa ada pada 'gelaran' kan..itu lah yang harus kita 'semat' di fikiran kita. Jika beliau tidak lagi menjadi 'pengajar' tetapi satu Malaysia tahu bahawa Aziz Bari adalah seorang 'profesor' yang bertauliah dan layak di panggil 'prof' walaupun gelaran itu telah di tarik balik.

Umum juga mengetahui banyak sumbangan yang telah Aziz Bari sumbangkan kepada kita semua, terutamanya golongan yang mahukan 'reformis' yang mahukan perubahan. Beliau antara pakar 'perlembagaan yang 'menyosong' arus dalam 'memaklumatkan' rakyat yang mahukan perubahan.

Banyak 'kepincangan' sistem perundangan yang beliau kupaskan hinggakan 'pemerintah' agak kurang senang dengan caranya..tetapi yang benar tetap benar..itulah Aziz Bari. Beliau tidak gentar dengan tekanan serta 'kemungkinan' dengan keberanian beliau dalam meyatakan kebenaran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...